Friday, March 14, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beyonce dianggap tamak, tiket konsert terlalu mahal

    Penyanyi Beyonce dituduh bersikap tamak dan tidak berhati perut apabila mengenakan harga tiket tidak masuk akal untuk konsert jelajahnya iaitu Cowboy Carter Tour di London.

    Bakal mengadakan enam konsert di Stadium Tottenham Hotspur, London bermula 5 hingga 16 Jun depan, harga tiket bermula £71.60 hingga £950 termasuk caj setiap pembelian sebanyak £2.75.

    Difahamkan, selepas seminggu penjualan tiket, pihak penganjur menghadapi kesukaran menjual dan dipercayai hanya tiga daripada enam persembahan berjaya dihabiskan.

    “Turunkan harga, kami akan datang (konsert). Kami miskin tiket terlalu mahal.

    “Saya rasa masa kurang sesuai kerana dia (Beyonce) tamak. Peminat kehabisan wang kerana tiket konsert yang mahal,” tulis warganet.

    Bagaimanapun, masih ada peminat Beyonce mempertahankannya dan menjelaskan harga tiket konsert tersebut bukan ditentukan oleh penyanyi lagu Listen ini.

    “Bukan Beyonce yang menetapkan harga tiket. Dia tidak tamak, pihak penganjur yang tamak.

    “Harga tiket melambung tinggi, terima kasih kepada Ticketmaster (penganjur) kerana ramai orang yang tidak mampu,” luah peminat.

    Selain London, Beyonce akan mengadakan konsert jelajah di beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat. – Agensi

    Beyonce dituduh tamak kerana menjual tiket konsert dengan harga mahal. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda