Penyanyi terkenal Beyonce didakwa mengelak membayar cukai kepada kerajaan Amerika Syarikat berjumlah AS$2.69 juta dari tahun 2018 dan 2019.
Sehubungan itu, Beyonce memfailkan petisyen terhadap pihak Perkhidmatan Hasal Dalam Negeri Amerika Syarikat bagi menyelesaikan isu tersebut.
Peguam penyanyi itu juga sedia untuk berbincang selain sudah pun menyerahkan dokumen bagi permohonan kes itu dibicarakan di mahkamah.
“Kami akan beri kerjasama dengan pihak terbabit bagi membincangkan masalah ini. Ia akan diselesaikan dalam masa terdekat,” kata peguam Beyonce.
Dalam pada itu, peguam berkenaan menjelaskan Beyonce pernah membuat sumbangan lebih daripada AS$3 juta kepada badan kebajian dan ia sepatutnya dipotong dalam pembayaran cukai.
Beyonce didakwa masih berhutang sebanyak RM3.5 juta bagi tahun pendapatan 2018 dan RM6.4 juta untuk tahun berikutnya. – Agensi