Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beyonce dominasi Grammy

    Penyanyi Amerika, Beyonce mendominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, umum Recording Academy pada Selasa.

    Bintang pop itu dicalonkan dalam pelbagai kategori utama termasuk menerusi album Break My Soul yang dicalonkan untuk kategori Record of the Year dan Lagu Terbaik manakala Renaissance tercalon bagi kategori Album Terbaik, lapor Xinhua.

    Pencalonan itu sekali gus menjadikan Beyonce dan suaminya, JAY-Z artis paling banyak dicalonkan dalam sejarah Grammy.

    Kendrick Lamar mengekori di belakang Beyoncé dengan lapan pencalonan diikuti Adele dan Brandi Carlile, masing-masing tujuh pencalonan.

    “Meraikan keajaiban muzik menjadi teras kami di Recording Academy dan hari ini kami berbangga serta berbesar hati meraikan kuasa muzik bersama-sama peminat semua,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Recording Academy, Harvey Mason Jr dalam siaran akhbar.

    Anugerah Grammy tahunan anjuran Recording Academy untuk mengiktiraf pencapaian dalam industri muzik AS akan kembali ke Arena Crypto.com Los Angeles pada 5 Februari 2023. – Bernama

    Beyonce dan suaminya merupakan artis paling banyak dicalonkan dalam sejarah Grammy. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda