Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Beyonce habiskan duit beli tandas peribadi

    Penyanyi Beyonce dilaporkan sanggup mengeluarkan wang lebih semata-mata untuk berasa selesa ketika menggunakan tandas.

    The Sun melaporkan penyanyi berkenaan membeli puluhan tempat duduk tandas yang dibawa ke setiap lokasi konsert jelajah dunianya.

    Malah baru-baru ini tular gambar menunjukkan sebuah kotak hitam yang dilabel sebagai tempat duduk tandas Beyonce.

    Menurut sumber, Beyonce berasa geli menggunakan tandas yang pernah digunakan orang lain.

    Statusnya sebagai penghibur elit turut melayakkan dia membuat permintaan luar biasa termasuk membawa sendiri tempat duduk tandas baharu.

    Pasukan yang menjaganya juga akan memastikan setiap kali Beyonce ingin menggunakan tandas, tempat duduknya ditukar terlebih dahulu selain tidak menggunakan tandas awam.

    “Beyonce ini telah melakukan pelbagai perkara yang hebat jadi tiada masalah untuk menunaikan permintaannya,” katanya.

    Bukan itu sahaja dia juga akan ditutup cadar hitam bagi menyembunyikan identitinya apabila dibawa di belakang pentas, menurut laporan mStar. – Agensi

    Petugas sentiasa pastikan Beyonce tidak kongsi tandas dengan orang lain. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...