Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BFA pupuk bakat si cilik

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Seramai 190 orang pemain bola sepak berumur antara lima hingga 12 tahun telah menyertai Piala Muda Kelab Peak McDonald’s 2022, yang julung kalinya diadakan di padang bola sepak Kelab Peak, kelmarin.

    Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu Bawah-6, Bawah-8, Bawah-10 dan Bawah-12.

    Berdasarkan format lima sepasukan, kejohanan tersebut diharap dapat dijadikan sebagai acara tahunan untuk generasi muda.

    Pertandingan tersebut telah ditaja oleh McDonald’s Brunei Darussalam dan dianjurkan bersama Kelab Peak dan Akademi Bola Sepak Brazil (BFA).

    BFA telah memenangi kategori Bawah-6 dan Bawah-8, manakala pasukan Dash telah memenangi kategori Bawah-10, diikuti dengan Pusat Latihan (COT) JPKK dalam kategori Bawah-12.

    Selain pertandingan bola sepak, para pemain dan ahli keluarga dapat menikmati aktiviti permainan, makanan dan kemunculan maskot McDonald’s.

    Pasukan BFA bergambar bersama pingat yang mereka menangi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda