Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BFB gotong-royong bersihkan pantai

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 20 OKT – Lebih 20 beg sampah telah dikumpulkan sebagai sebahagian daripada kempen pembersihan pantai yang dianjurkan oleh British Forces Brunei (BFB) di sepanjang pantai di Daerah Belait, kelmarin.

    Kempen itu diadakan sebagai sebahagian daripada The Global Charge, inisiatif Pertahanan United Kingdom (UK) yang lebih luas untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kemampanan dan pemuliharaan dan keperluan untuk meninggalkan legasi yang lebih baik.

    Ia juga mewakili salah satu daripada 134 aktiviti serupa yang dirancang dan diadakan
    di 21 buah negara di seluruh dunia pada hari yang sama.

    Kempen yang diadakan di Brunei dianjurkan dan diketuai oleh Mejar Dave Walker yang memperkenalkan konteks kempen kepada pegawai BFB untuk membincangkan kesan individu dan kolektif mereka terhadap persekitaran tempatan serta merenung dan membincangkan pertimbangan mereka semasa makan tengah hari.

    Mejar Walker berkata, “Kita semua mahu melindungi dunia semula jadi untuk dinikmati oleh anak-anak kita, tetapi kita juga melihat kesan perubahan iklim dan potensi untuk tentera bertindak balas menyokong komuniti yang dipindahkan dan menyampaikan bantuan kemanusiaan.

    “Terdapat kepentingan moral dan operasi untuk tentera mempertimbangkan kesannya terhadap alam sekitar,” tambahnya.

    Selepas makan tengah hari, para pegawai telah disertai oleh keluarga mereka untuk membersihkan pantai, di mana mereka berjaya membersihkan pantai sepanjang 500m bersebelahan dengan Dewan Mes Pegawai yang terletak di Jalan Maulana, dengan kawasan yang paling kerap dikunjungi oleh ahli BFB serta orang awam.

    Mes berkenaan berikrar untuk mengekalkan kawasan tersebut mulai sekarang.

    Gambar ramai bersama sampah-sampah yang dikumpulkan semasa kempen kebersihan pantai berkenaan. – Gambar serahan BFB
    Gambar serahan BFB
    Gambar serahan BFB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...