Oleh Daniel Lim
BELAIT, 27 APRIL – Brunei Fertilizer Industry Sdn Bhd (BFI) telah menyerahkan sumbangan berjumlah $10,500 kepada Tabung Amal Anak-Anak Yatim Daerah Belait, hari ini.
Derma tersebut disampaikan oleh Awang Mohammad Hisyam bin Idris selaku wakil syarikat berkenaan dan diterima oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed di Pejabat Daerah Belait.
Sumbangan tersebut dikutip hasil Projek Amal Silaturahim 2022 di mana sumbangan itu diharap sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak yatim untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.
Jawatankuasa Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait sangat menghargai sumbangan-sumbngan tersebut dan juga mengalu-alukan kepada mereka-mereka yang bermurah hati untuk sama-sama menderma kepada Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait di Jabatan Daerah Belait pada bila-bila masa sewaktu pejabat dibuka.
