Thursday, April 17, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BFI terima anugerah IFC

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BARCELONA, SEPANYOL, 8 APRIL – Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd (BFI) baru-baru ini berjaya melakar detik sejarah apabila menerima anugerah IFA Industry Stewardship Champion (IFC) yang dianugerahkan oleh International Fertilizer Association (IFA), sekali gus menyertai barisan kumpulan eksklusif syarikat baja di seluruh dunia yang menunjukkan komitmen luar biasa terhadap keselamatan, tanggungjawab alam sekitar dan amalan mampan.

    Hadir untuk menerima anugerah pada Persidangan IFA Cultivating Tomorrow 2025 di Barcelona, Sepanyol itu ialah Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BFI, Hajah Nur Raihan binti Dato Paduka Haji Mohd Rosli dan Ketua Operasi BFI, Pengiran Haji Muhammad Ibrahim bin Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah IFA, Alzbeta Klein.

    Pencapaian tersebut adalah sejajar dengan Wawasan Brunei 2035, yang memfokuskan kepada memupuk ekonomi yang dinamik dan mampan, mempelbagaikan peluang dalam industri minyak dan gas hiliran, dan memupuk tenaga kerja mahir.

    Hajah Nur Raihan dan Pengiran Haji Muhammad Ibrahim menerima anugerah yang disampaikan oleh Alzbeta Klein. – GAMBAR SERAHAN BFI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda