Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BFL kembali beraksi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Pentas kejohanan Liga Futsal Brunei 2023 (BFL 2023) akan kembali aktif selepas berehat panjang sempena bulan Ramadan dan seterusnya merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Perlawanan di Dewan Serba guna, Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, esok akan menyaksikan pertemuan pasukan Qahar FT dengan pasukan Arbisyam FC sementara pasukan BIBD SRC akan berdepan dengan pasukan Street United.

    “Selepas rehat panjang, saya yakin pasukan Qahar FT akan mampu kembali dengan penuh keyakinan untuk memberi saingan dalam BFL sekalipun kita baru memenangi satu perlawanan.

    “Kita akan memulakan cabaran dengan pasukan Arbisyam yang sudah tentu akan menjanjikan satu pertemuan yang menarik,” jelas Ketua pasukan Qahar FT, Muhammad Abdul Qahar.

    Ketika ini pasukan Kasuka & Ar Rawda yang mengutip 18 mata masih berada di puncak BFL 2023 sekalipun berkongsi mata dengan pasukan MS ABDB Perwira tetapi kelebihan jaringan memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan elit tersebut. Sementara pasukan DDT FT gagal mengutip sebarang mata dari enam perlawanan yang lalu.

    Sebanyak 12 buah pasukan termasuk pasukan PES, Kasuka dan Ar Rawda, Arbisyam FC, GG-Indera SC Futsal, Shah United, Perwira FC, Street United, Kota Rangers, DDT FT, BIBD SRC, Almerez FC dan Qahar FT telah mewarnai pentas kejohanan BFL 2023.

    Selain Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Stadium Negara Hassanal Bolkiah (MPH), pihak penganjur telah memperkenalkan Dewan Sukan Kementerian Pertahanan sebagai lokasi perlawanan bagi mengantikan Dewan Kompleks Sukan UBD.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda