Saturday, April 19, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BGC anjur kempen derma darah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Dalam menyokong Hari Penderma Darah Sedunia dan menyahut seruan untuk menambah bekalan darah negara, Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah menganjurkan dua kempen derma darah yang berjaya menerima 211 penderma.

    Kempen telah diadakan pada 10 Jun lalu di McDonald’s Jerudong dan kelmarin, ia diadakan di McDonald’s Lambak.

    Sempena kempen itu, BGC telah menganjurkan kempen media sosial selama seminggu untuk menjemput dan mendaftar bakal penderma untuk kempen derma darah berkenaan.

    Hadir bagi memeriahkan kempen derma darah berkenaan ialah Pengarah Urusan BGC, Kapten Abdul Mateen bin Abdurrahman Liew bersama wakil dari McDonald’s Brunei.

    Inisiatif tersebut merupakan salah satu daripada banyak acara komuniti yang diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif pelaburan sosial syarikat berkenaan dan Program Gaya Hidup Sihat (HLP).

    Salah satu mesej utama yang dikongsikan di platform media sosial BGC adalah untuk menyerlahkan tahap bekalan darah yang sangat rendah di pusat pendermaan darah negara.

    Rayuan segera kepada orang ramai adalah cara terbaik untuk memperbaiki kekurangan bekalan darah di pusat pendermaan darah untuk memastikan orang ramai menderma darah dengan lebih kerap.

    Kempen derma darah itu menyaksikan penyertaan menggalakkan daripada penderma berdaftar dan walk-in, dengan semua slot berjaya ditempah untuk kedua-dua cawangan McDonald’s.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kempen derma darah yang dianjurkan BGC baru-baru ini. – Gambar oleh Syahmi Hassan
    Kapten Abdul Mateen bergambar bersama wakil dari McDonald’s Brunei pada kempen derma darah tersebut. – Gambar oleh Syahmi Hassan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda