Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BGC bantu mangsa kebakaran berek

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Nasib mangsa kejadian kebakaran rumah berek di Jalan Pelumpong, Muara pada 28 Oktober lalu terus mendapat perhatian bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga pihak swasta yang sama-sama tampil ke hadapan untuk membantu meringankan beban mereka yang terjejas oleh musibah berkenaan.

    Sehubungan dengan itu, Brunei Gas Carriers Sdn Bhd menghulurkan sumbangan derma dan bantuan kepada salah seorang mangsa kejadian kebakaran berkenaan yang juga merupakan kakitangan yang bertugas di syarikat berkenaan sebagai Ordinary Seaman, Awang Azri bin Jumat di majlis penyampaian sumbangan derma yang diadakan di Pejabat Brunei Gas Carriers Sdn Bhd, Jerudong, hari ini.

    Di majlis berkenaan, sumbangan derma disampaikan oleh Pengarah Urusan Brunei Gas Carriers Sdn Bhd, John Cook kepada isteri Awang Azri, Dayang Sarah Toh Soon Dian. Sumbangan yang disampaikan berupa barangan keperluan harian dan pakaian untuk anak-anak Awang Azri.

    John Cook bersama pegawai dan kakitangan Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC) bergambar ramai bersama Dayang Sarah Toh serta anak-anaknya selepas majlis penyampaian sumbangan derma yang diadakan di Pejabat Brunei Gas Carriers Sdn Bhd, Jerudong.

    Dayang Sarah Toh dalam temu bual ringkas bersama Media Permata selepas majlis penyampaian sumbangan derma itu menyatakan penghargaan atas sumbangan yang diberikan yang setentunya akan dapat meringankan beban mereka.

    Beliau mendedahkan mereka kini menumpang sementara di rumah ibu saudaranya dan sedang berusaha untuk mencari tempat penginapan bagi mereka sekeluarga.

    Bagi mereka yang ingin untuk tampil ke hadapan menghulurkan bantuan kepada keluarganya, Dayang Sarah Toh berkata mereka boleh menghantarkan bantuan atau sumbangan terus kepada Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Daerah Brunei dan Muara, di alamat No.34, Kampung Sabun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda