BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Sebagai sebahagian daripada inisiatif pelaburan sosial bagi menyediakan inisiatif mapan melalui aktiviti yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC) telah melancarkan projek amal di Mukim Labi, baru-baru ini.
Di bawah projek ini, BGC menyumbangkan bekalan kepada 32 orang pelajar sekolah kurang bernasib baik di Sekolah Rendah Labi dan turut melawat serta menyampaikan sumbangan kepada tiga buah keluarga yang kurang bernasib baik.
Hadir pada majlis tersebut ialah wakil pengurusan BGC, Pengurus QHSSE, Awang Mohd Shahbrin bin Haji Ibrahim, Pengurus Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Awang Mizan Adiliah Haji Mohamad dan Pengurus Teknologi Maklumat, Dayangku Norbailah binti Pengiran Haji Sulaiman.
Turut hadir bagi pihak Majlis Perundingan Kampung (MPK) Labi ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput selaku pemangku penghulu Mukim Labi 1 dan ketua Kampung Mukim Labi 1 bersama anggota MPK yang lain.
