Thursday, December 5, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    BGC lantik pengarah urusan baharu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC), baru-baru ini, telah melantik Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha (gambar bawah), sebelumnya timbalan pengarah urusan, sebagai pengarah urusan baharu BGC berkuat kuasa 1 November 2020.

    Sebelum menyertai BGC pada November 2019, Pengiran Shamhary adalah pengarah urusan di Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) dan sebelumnya juga telah memegang pelbagai peranan teknikal, komersial dan pengurusan bersama Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP).

    Beliau membawa pengalaman kerja selama 28 tahun dengan sektor awam, badan-badan dan industri antarabangsa yang meliputi penyampaian projek, transformasi organisasi, pengurusan risiko, pengurusan krisis, pembangunan perniagaan baharu dan membuat perjanjian komersial.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda