Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BGC rai ulang tahun Jubli Perak

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan BGC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Brunei Gas Carrier (BGC) telah menyambut ulang tahun jubli perak dengan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Maghrib berjemaah di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong, kelmarin.

    Hadir bagi memimpin majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan BGC, Kapten Abdul
    Mateen bin Abdurrahman Liew.

    Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pengurusan kanan Syarikat-syarikat Usaha Sama Brunei Shell (BSJV) dan bekas-bekas pengarah urusan BGC.

    Sebagai sebahagian daripada ulang tahunnya yang ke-25, BGC turut bekerjasama dengan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk majlis khatam khas yang melibatkan 25 pelajar yang telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran sebanyak 25 kali.

    Penutup bacaan juga telah diadakan di masjid berkenaan dengan dihadiri oleh dua orang guru dari institut tersebut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BGC, sambutan jubli perak berkenaan telah menunjukkan sejauh mana ia telah mencapai kejayaan sebagai sebuah syarikat perkapalan, membangunkan kakita-ngannya, dan menyampaikan kecemerlangan di seluruh operasi perkapalannya.

    Kejayaan BGC selama ini adalah hasil semua orang yang telah bekerja di darat dan di atas kapal dalam memastikan BGC terus beroperasi dengan selamat dan boleh dipercayai selama 25 tahun dan seterusnya.

    Selain itu, BGC turut berasa bangga dan bersyukur kerana dapat meraikan jubli perak bersama semua kakitangan, kerana sambutan berkenaan membawa makna yang
    mendalam.

    Kenyataan menyatakan, dengan industri perkapalan yang semakin mencabar setiap tahun, BGC tetap yakin bahawa dengan sokongan semua orang dalam syarikat, dan usaha yang sedang dijalankan untuk memacu syarikat itu ke hadapan, mereka boleh terus maju dan menyumbang kepada industri maritim Brunei untuk ramai orang pada tahun-tahun mendatang.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dan Kapten Abdul Mateen antara yang hadir pada majlis itu.
    Majlis khatam khas turut diadakan yang melibatkan pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi meraikan 25 tahun penubuhan BGC.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda