SYDNEY, 30 Jun – Operasi di lombong Brazil yang telah meragut 19 jiwa dalam runtuhan empangan tidak sepertinya akan dimulakan semula tahun ini, kata syarikat gergasi komoditi BHP hari ini, ketika ia menawarkan AS$250 juta ke arah program pampasan dan pembersihan.
Tragedi yang berlaku pada November 2015 itu merupakan bencana alam sekitar paling buruk di negara itu, dengan operator Samarco berdepan tuntutan perundangan bilion dolar bagi kos pembersihan dan kemusnahan.
BHP – yang dimiliki bersama oleh Samarco dan Vale Brazil – memetik keperluan kerajaan dan persetujuan perundangan, lesen kerajaan, keselamatan dan pertimbangan ekonomi serta penstrukturan hutan operatir sebelum lombong itu boleh dibuka semula.
“Oleh yang demikian, operasi di Samarco tidak akan dimulakan dalam tahun ini,” kata pelombong terbesar di dunia dalam satu kenyataan.
Ia menambah bahawa kira-kira AS$174 juta dari AS$250 juta akan digunakan untuk membiayai skim pampasan dan pemulihan, manakala selebihnya akan digunakan oleh Samarco bagi program persekitaran.Persetujuan bersama pendakwa raya Brazil untuk membincangkan pembayaran tuntutan sejumlah 155 bilion reals (AS$46.9 bilion) berhubung runtuhan itu, yang mansuh hari ini, telah dilanjutkan sehingga 30 Oktober, tambah BHP.
Tragedi itu berpunca ketika empangan kumbahan di lombong bijih besi meletup, mencetuskan lautan kotoran yang meranapkan kampung Bento Rodrigues berhampiran. – AFP