Bhutan gandakan gaji guru

THIMPU, BHUTAN, 14 JUN – Di kebanyakan negara, para guru melalui masa-masa sukar namun tidak di Bhutan, negara kecil Himalaya yang terkenal mahu mencapai Matlamat Kegembiraan Kebangsaan, di mana gaji mereka akan digandakan.

Di bawah cadangan yang baharu diluluskan oleh dewan rendah parlimen, gaji bulanan guru berpengalaman 10 tahun akan digandakan kepada 40,000 ngultrums (AS$570) dan mereka akan mendapat faedah termasuk elaun.

Manakala profesional perubatan di negara berpenduduk 750,000 orang itu juga akan mendapat kenaikan gaji, dengan mereka yang mempunyai pengalaman selama sembilan tahun akan dibayar 37,000 ngulturums, naik daripada 28,000 ngultrums.

Kenaikan gaji oleh kabinet Perdana Menteri Lotay Tshering, seorang doktor yang masih merawat pesakit pada hujung minggu, berbeza daripada yang dicadangkan oleh suruhanjaya pembayaran.

Tshering, dipilih tahun lalu, berjanji memperbaiki sistem kesihatan dan pendidikan negara serta mengurangkan ketaksamaan, walau bagaimanapun hanya akan meraih kenaikan enam peratus gaji. – AFP