Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bi-2 dibebaskan dari tahanan Thailand

    BANGKOK, 2 FEB – Sebuah kumpulan Rusia-Belarus yang mengecam pencerobohan Ukraine Moscow tiba di Israel kelmarin selepas ditahan di Thailand atas tuduhan imigresen yang telah mencetuskan kebimbangan mereka boleh dihantar pulang ke Rusia dan berdepan penjara.

    Kumpulan itu, Bi-2, telah mengkritik Presiden Rusia Vladimir Putin dan meninggalkan Rusia sebagai protes terhadap perang di Ukraine.

    Penahanan mereka di Thailand minggu lalu mencetuskan kebimbangan mereka akan dihantar ke Rusia, yang menghukum dengan keras kritikan orang ramai terhadap kempen Ukrainenya.

    Media bebas Rusia melaporkan diplomat Moscow menuntut kumpulan itu dihantar ke Rusia.

    “Kami bebas!” Bi-2 berkata di laman Facebooknya kelmarin, menamatkan hampir seminggu ketidakpastian mengenai nasib kumpulan itu.

    Majlis Keselamatan Negara Thailand, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Srettha Thavisin, mengambil alih kes itu pada Rabu lalu.

    Kumpulan itu berkata pada Rabu lalu penyanyi Egor Bortnik, yang dikenali dengan nama pentasnya, Lyova, telah meninggalkan Thailand untuk terbang ke Israel.

    Penyokong hak asasi manusia di Thailand dengan berhati-hati menyambut berita itu.

    “Walaupun mereka (semuanya) selamat, kami masih mahu pihak berkuasa Thailand menghormati prosedur penangkapan dengan ketat,” kata peguam hak asasi manusia, Pornpen Khongkachonkiet kepada AFP. – AFP

    Sebuah bangunan biro imigresen di luar pusat tahanan imigresen di Bangkok pada 31 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda