Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Seekor biawak berukuran lebih kurang 2 meter panjang dan berat 10kg telah berjaya ditangkap dalam sangkar ayam di Kampung Parit Belayang, Temburong, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), enam orang anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar, dengan diketuai oleh ASO Haji Yussof bin Haji Jerudin, telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Anggota bomba berjaya menangkap haiwan tersebut dengan menggunakan snare catcher dan seterusnya melepaskan haiwan berkenaan di kawasan yang jauh dari tempat kawasan perumahan bagi memastikan keselamatan orang awam.
Oleh itu JBP menyarankan orang awam agar jangan sesekali menghampiri atau berhasrat untuk mengancam binatang berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
