Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD adakan pameran Home Showcase: Festive Edition

    Oleh Sim Y.H –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Dalam usaha berterusan untuk memupuk budaya pemilikan rumah dan menyokong komuniti Brunei, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengadakan pameran Home Showcase: Festive Edition di cawangan Kiulap bermula hari ini.

    Pameran yang berlangsung hingga 10 Mac itu khusus untuk membantu para pelanggan BIBD dalam membuat persediaan bagi musim perayaan dengan tumpukan kepada pembiayaan rumah, kesedaran sekuriti siber dan promosi perbankan eksklusif.

    Perasmiannya telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri serta pihak pengurusan dan kakitangan BIBD.

    Edisi perayaan pameran itu dihasratkan untuk memperkasa profesional muda dan bakal-bakal pemilik rumah dengan penyelesaian pembiayaan rumah yang komprehensif.

    Dr Nor Imtihan melawat petak pameran yang telah disediakan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara pengunjung yang hadir bagi menyaksikan pameran yang telah disediakan oleh BIBD. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Para peserta berpeluang untuk meneroka barisan meluar hartanah yang sedia untuk didiami oleh broker yang diiktiraf oleh Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah Brunei Darussalam (BoVEA) dan menikmati manfaat yang menarik seperti pengecualian yuran 100 peratus dan baucar perabot bernilai sehingga $1,000.

    Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang mengunjungi petak Grand Concepts dengan mengetengahkan hiasan dan trend perabot rumah terkini.

    Dengan menekankan pentingnya perbankan dalam talian yang selamat, pameran itu mengetengahkan sesi panel perbincangan interaktif mengenai sekuriti siber, menawarkan tip penting untuk menghindari daripada penipuan dalam talian.

    Acara berkenaan juga menyediakan pandangan ke dalam trend rekaan dalaman terkini, menggalakkan para pengunjung untuk memberikan wajah baharu kepada rumah mereka dalam persiapan untuk musim perayaan.

    Tawaran kad kredit eksklusif juga disediakan, menggalakkan pendaftaran baharu dengan ganjaran seperti sehingga 3,000 Royal Skies Miles atau tiga tahun pengecualian yuran tahunan.

    Para pengunjung juga boleh memanfaatkan tawaran pembiayaan peribadi, termasuk pengecualian 50 peratus yuran pemprosesan dan baucar membeli-belah bagi 100 pelanggan pertama.

    Dengan mengharungi era digital, BIBD memperjuangkan transaksi tanpa tunai dengan menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik daripada peralatan rumah hingga Samsung S24 Ultra dengan membuat transaksi bersama peniaga-peniaga BIBD.

    Dalam kerjasama dengan Grand Concepts, para pengunjung akan berpeluang menerima hadiah istimewa atau membuat pusingan roda bagi hadiah-hadiah menarik.

    BIBD adalah komited kepada memperkayakan pengalaman perbankan pelanggannya sambil menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda