Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Orang ramai akan berpeluang mengetahui lebih terperinci lagi tawaran terbaharu Kumpulan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dalam inovasi digital semasa Jerayawara Inovasi Digital Olive yang akan diadakan di The Mall Gadong bermula 12 Oktober ini.
Menurut BIBD, pengunjung jerayawara empat hari itu akan berpeluang mendapatkan tawaran menarik daripada BIBD, dan mengetahui cara untuk memenangi hadiah bernilai sehingga $130,000 menerusi kempen Mega 30 BIBD.
Di samping itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan faedah 100 peratus pengecualian yuran pemprosesan untuk permohonan pembiayaan peribadi yang berjaya dan menerima sehingga tiga tahun pengecualian yuran tahunan untuk kad kredit BIBD.
Jerayawara akan menawarkan kadar deposit khas, yang ia direka untuk membantu pelanggan memaksimumkan simpanan dan pelaburan mereka.
Kakitangan BIBD juga akan menerangkan mengenai BIBD Aspirasi, produk simpanan yang memperkasakan pelanggan untuk mencapai aspirasi kewangan mereka.
Permohonan yang berjaya, termasuk bagi pembukaan akuan simpanan dan pendaftaran BIBD NEXGEN dan vCard, akan secara automatik berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Kuching atau Kota Kinabalu atau bagasi berjenama.
Sementara itu, bagi pelanggan yang ingin melangkah ke dunia pelaburan, perancang kewangan berlesen BIBD Securities akan bersedia untuk berkongsi pandangan berharga tentang dunia pelaburan dan membincangkan pelbagai produk pelaburan yang tersedia.


