Saturday, March 22, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD akhiri program sirah tahunan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) baru-baru ini mengakhiri program sirah tahunannya untuk 15 tahun berturut sebagai mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan yang diberkati.

    Tahun ini, lebih daripada 120 pekerja telah menyertai program berkenaan dengan mengunjungi 100 buah rumah di seluruh negara untuk mengedarkan sumbangan termasuk baucar membeli-belah, barangan makanan asasi dan juga sumbangan persediaan Hari Raya Aidilfitri.

    Penerima termasuk pelajar BIBD ALAF iaitu 60 buah rumah dan 40 buah rumah bagi mualaf yang kurang bernasib baik yang mana mereka ini dikenal pasti dengan kerjasama dengan Pusat Dakwah Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Program Sirah Amal bermula pada 21 Februari di Daerah Brunei dan Muara dan kemudian dilaratkan keempat-empat daerah.

    Inisiatif ini diketuai oleh pengurusan kanan bank dan melibatkan penyertaan aktif daripada kakitangan di semua peringkat.

    BIBD juga menyokong program jalinan Radio Televisyen Brunei (RTB) pada 26 Februari, memperkukuhkan dedikasi kakitangannya kepada pembangunan masyarakat dan kebajikan sosial, terutama dalam bulan Ramadan yang diberkati ini.

    Komitmen bank terhadap tanggungjawab sosial korporat sangat berakar umbi dalam kepercayaan bahawa masa depan mampan adalah di mana setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya.

    Dengan melabur dalam kesejahteraan komuniti, BIBID meletakkan asas untuk lebih adil dan masa depan yang mampan untuk Brunei Darussalam, menyokong matlamat Wawasan Brunei 2035, bagi membantu mewujudkan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

    Antara yang menyertai program mengedarkan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    GAMBAR SERAHAN BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda