Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini melancarkan BIBD Aspirasi 6 dengan menawarkan ganjaran dan peluang yang lebih baik untuk dimenangi para pelanggan.
Sebagai respons mem-berangsangkan daripada maklum balas pelanggan, hadiah utama kini akan dikongsi bersama dua pemenang bertuah, masing-masing menerima hadiah tunai bernilai $200,000.
Selain itu, kempen ini juga akan menampilkan sejumlah 288 pemenang bulanan, 16 pemenang suku tahunan dan dua pemenang hadiah utama dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Penyimpan BIBD Aspirasi yang memegang sijil lebih lama akan menerima lebih banyak peluang untuk menang, memastikan pengagihan ganjaran yang lebih meluas serta memperkukuh dedikasi BIBD bagi memberikan pengalaman yang inklusif dan memuaskan untuk semua.
Kempen BIBD Aspirasi 6 kekal boleh diakses oleh semua orang melalui BIBD NEXGEN, dengan sumbangan penyertaan minimum $50. Tiada had maksimum dikenakan dan semua penyimpan boleh mendapat peluang tanpa sebarang sekatan.
Semasa sidang media bersama, Ketua Produk Kejuruteraan, Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Lim Pea Chia berkata, “Kami sangat teruja melancarkan BIBD Aspirasi 6, bukti komitmen berterusan BIBD untuk menggalakkan budaya menabung dan kesejahteraan kewangan di Negara Brunei Darussalam.
Sementara itu, Ketua Kempen dan Promosi, Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Awang Ahmad Firdaus Salim berkata bahawa kempen tersebut bertujuan menyuntik keseronokan dan memberikan motivasi dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan atas komitmen mereka untuk menabung. Melalui program ini, bank juga ingin mempromosikan pendekatan pengurusan kewangan yang lebih berdisiplin.
