Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD At-Tamwil diiktiraf pelaksana teknologi ID terbaik

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – The Asian Banker baru-baru ini, telah mengumumkan BIBD At-Tamwil Berhad sebagai pemenang Anugerah Pelaksanaan Teknologi Pengesahan ID Terbaik.

    Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa anugerah itu merupakan pengiktirafan kedua daripada The Asian Banker, selepas yang pertama diperoleh pada 2014 untuk Data Risiko Terbaik dan Analitis bagi pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) dengan FICO, menjadikan BIBD syarikat kewangan pertama di Brunei yang menggunakan AI untuk keputusan pembiayaan, membolehkan kelulusan segera untuk pelanggan.

    Aplikasi mudah alih Olive Pro BIBD At-Tamwil Berhad menjadi yang pertama diluluskan oleh Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) untuk melaksanakan electronic know your customer (eKYC), membolehkan pelanggan melayari perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembukaan akaun simpanan, deposit berjangka dan permohonan pembiayaan.

    Pelaksanaan eKYC itu telah diiktiraf oleh The Asian Banker, penyedia penyelidikan dan risikan strategik yang terkemuka dan disegani dalam industri perkhidmatan kewangan global, sebagai langkah penting ke hadapan bagi Brunei untuk setanding dengan bank-bank digital di rantau ini.

    Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil, Haji Mohammad Said bin Haji Zania, setelah menerima anugerah berkenaan, melahirkan rasa terima kasih atas peluang untuk mewakili kemajuan Brunei dalam transformasi perbankan digital pada perhimpunan bank-bank terkemuka dari seluruh dunia di Hong Kong.

    Beliau berterima kasih kepada pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah Kumpulan BIBD, BDCB, Badan Penasihat Syariah, pihak pengurusan, pasukan Olive dan semua pelanggan Kumpulan BIBD dan BIBD At-Tamwil Berhad atas sokongan dan bimbingan mereka dalam usaha berterusan itu.

    GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda