Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN – BIBD At-Tamwil Berhad dan BETTER Sdn Bhd baru-baru ini telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya yang membawa lebih 1,000 pengunjung di Restoran Millenium, Beribi.
Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Irwan bin Haji Lamit juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif BETTER Sdn Bhd bersama kakitangan mengalu-alukan para jemputan termasuk Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokhar juga selaku Pengerusi BETTER Sdn Bhd dan para pengedar-pengedar kereta.
Perkumpulan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama diantara BIBD At-Tamwil bersama dengan para pihak berkepentingan dan para pelanggannya.
Ketua Pegawai Operasi BETTER Sdn Bhd, Firdaus Mokim berkata, “beliau berterima kasih kepada yang hadir dan sama-sama menyambut ‘Pejabat Terbuka’ yang dibukakan terutama kepada pelanggan kami, pengedar-pengedar kereta, para penjual dan pihak berkepentingan”. “Melalui sambutan ini, kami dapat mwngwnal lebih dekat dan menyampaikan penghargaan diatas sokongan mereka selama ini”.
