Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD Cawangan Gadong dibuka semula

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Dalam usaha meningkatkan pengalaman perbankan untuk pelanggan, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Cawangan Gadong dengan rasmi telah dibuka semula, hari ini.

    Cawangan yang dinaik taraf itu kini menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih luas, termasuk pembiayaan, aplikasi kad kredit, pembukaan akaun, dan perkhidmatan lain yang berkaitan, selain akses 24 jam kepada Mesin Layan Diri (SST) seperti ATM, CDM dan CQM.

    Hadir bagi merasmikan pembukaan semula cawangan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Urusan II BIBD, Awang Irwan bin Haji Lamit, dan turut hadir menyaksikan pembukaan semula cawangan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Urusan I BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman bersama-sama pengurusan kanan dan kakitangan BIBD.

    Pembukaan semula berkenaan adalah bukti usaha berterusan BIBD untuk mendekatkan perkhidmatan kewangan kepada orang ramai selain memastikan semua orang boleh mengakses perkhidmatan perbankan penting dengan lebih mudah.

    Pendekatan berpaksikan komuniti ini juga menegaskan semula dedikasi BIBD untuk menyokong kesejahteraan kewangan semua pelanggan.

    Peluasan ini menyerlahkan lagi komitmen BIBD terhadap kecemerlangan perkhidmatan, kebolehcapaian dan menyediakan kemudahan yang lebih besar kepada orang ramai.

    Dengan tumpuan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, cawangan yang baru dibuka semula itu direka untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dengan menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih komprehensif semuanya di bawah satu bumbung.

    Awang Irwan dan Hajah Noraini bergambar ramai bersama pengurusan kanan dan kakitangan BIBD, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    GAMBAR SERAHAN BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda