Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengadakan hari penghargaan untuk rakan kongsinya dalam usaha untuk meraikan dan mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan kongsi strategik bank dalam majlis yang diadakan pada 15 dan 19 Februari lalu.
Acara yang diadakan di Daerah Brunei dan Muara dan Belait itu telah menghimpunkan lebih 1,500 rakan kongsi termasuk tokoh penting daripada kedua-dua sektor awam dan swasta merentasi pelbagai industri, sekali gus mencerminkan komitmen BIBD terhadap kerjasama menyeluruh.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Junaidi bin Haji Masri dan pasukan pemimpin kanan bank mengalu-alukan kedatangan tetamu dan mengiktiraf sumbangan mereka secara peribadi.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/02/P8-2-BIBD_28022024.jpg)
BIBD mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh rakan kongsi dalam pembangunan ekonomi Brunei dan secara aktif menjalin kerjasama dengan organisasi yang berkongsi nilai dan komitmen mereka terhadap matlamat negara.