Thursday, October 17, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD korbankan 4 ekor lembu

    Gambar serahan BIBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) baru-baru ini, telah menganjurkan acara Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang berlangsung di Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kulapis.

    Menurut BIBD, empat ekor lembu telah dikorbankan bagi majlis berkenaan di mana daging korban kemudiannya diagihkan kepada 70 orang penerima yang terdiri daripada
    golongan masyarakat yang kurang berkemampuan dan ahli keluarga BIBD ALAF, bagi memastikan keberkatan majlis dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Mufti (Buhuth), Pejabat Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof. Turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri serta ahli pengurusan dan kakitangan BIBD.

    Sebagai sebahagian daripada usaha amalnya, BIBD turut menyumbangkan 100 buku Yasin kepada Masjid Pehin Khatib

    Abdullah, Kulapis, yang akan menjadi sumber berharga untuk masjid, memberi manfaat kepada jemaah dan masyarakat keseluruhannya.

    Gambar ramai pada Majlis Ibadah Korban bagi BIBD yang berlangsung di Masjid Pehin Khatib Abdullah. – Gambar serahan BIBD
    Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan menyerahkan agihan daging korban kepada penerima. – Gambar serahan BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda