Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD NEXGEN diketengahkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Sepanjang Pesta Pengguna ke-23 yang sedang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengetengahkan penyelesaian dan keupayaan pembayaran digital berteknologi tinggi menerusi BIBD NEXGEN.

    Ini adalah sebagai usahanya untuk merangsang aspirasi Brunei untuk menjadi ekonomi yang membangun dan tanpa tunai di samping menyokong pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana di negara ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, di sini, hari ini.

    Kenyataan menyatakan, inisiatif-inisiatif berterusan bank dalam mempromosikan pembayaran tanpa tunai di pesta pengguna berkenaan adalah sebahagian daripada usahanya untuk menyokong de-cashing ekonomi dengan transaksi lancar, yang sudah direalisasikan menerusi set penyelesaian-penyelesaian BIBD NEXGEN, termasuk QuickPay dan BIBD vCard serta metode-metode pembayaran tanpa kontak lain. Usaha-usaha dan inisiatif sedemikian dilaksanakan dalam menyokong Pelan Tindakan Pembayaran Digital bagi Brunei Darussalam yang telah dilancarkan lewat tahun lalu oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

    Ketua Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Jaafar dipetik sebagai berkata, “Kami bukan sahaja menyediakan kemudahan ini kepada PMKS tempatan, tetapi juga kepada vendor-vendor dan perniagaan luar negara yang ikut serta untuk membantu mereka menawarkan metode pembayaran mudah dan cepat kepada pengunjung”.

    Para pengunjung ekspo berkenaan dijemput dan digalakkan untuk menggunakan semua metode pembayaran tanpa tunai yang menggunakan BIBD NEXGEN.

    Beberapa penyelesaian pembayaran digital dan tanpa tunai yang tersedia di ekspo berkenaan termasuk BIBD QuickPay, kad-kad tanpa sentuh, Progresif Pay dan inisiatif pembayaran tanpa tunai terbaharunya iaitu BIBD Wave.

    Semasa pesta pengguna berkenaan, kebanyakan penjual akan disediakan dengan terminal-terminal yang menerima kad-kad tanpa sentuh serta pilihan QuickPay.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika diberi penerangan mengenai BIBD NEXGEN semasa Pesta Pengguna ke-23.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda