Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD, PBSM sumbang pek makanan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam telah menghulurkan pek makanan untuk Sumbangan Pandu Lalu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Wakil yang hadir sama untuk menghulurkan sumbangan tersebut ialah Penasihat Perhubungan Kerajaan dan Protokol BIBD, Pengiran Haji Suhardy bin Pengiran Haji Nordin dan Presiden PBSM, Haji Muhammad Suhaimi Haji Ibrahim.

    Manakala itu, hadir bagi menerima derma tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    BIBD telah menyumbangkan 702 pek makanan untuk dihulurkan kepada 100 keluarga dan individu yang kurang berkemampuan, manakala itu, sebanyak 428 pek makanan seperti beras, gula, makanan tin, minyak masak dan makanan kering telah dihulurkan oleh PBSM Negara Brunei Darussalam.

    Berdasarkan statistik yang disediakan, setakat ini lebih 250 penyumbang dari seluruh negara terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan orang persendirian telah tampil dalam bersama-sama menjayakan kempen berkenaan.

    Dr Siti Norkhalbi bergambar bersama sumbangan dihulurkan wakil BIBD dan PBSM di Stadium Negara Hassanal Bolkiah baru-baru ini.

    Sebagai usaha berterusan untuk membantu dan mengalinga masyarakat yang memerlukan semasa penularan wabak COVID-19 ini, pihak penganjur menggalakkan orang ramai untuk bersama-sama membantu memberikan sumbangan melalui kempen berkenaan.

    Sumbangan yang diperlukan dalam kempen itu adalah pek makanan asasi seperti beras, gula, makanan dalam tin, mi segera, teh, milo, kopi, telur, biskut, air mineral, ubi kentang dan minyak masak.

    Selain itu, barang-barang lain seperti lampin pakai buang dan susu tepung formula bagi anak damit di bawah umur lima tahun juga diperlukan.

    Sumbangan Pandu Lalu ini adalah inisiatif Sukarelawan Belia Brunei dengan kerjasama PBSM Negara Brunei Darussalam dan disokong oleh KKBS serta diadakan di VIP Entrance, Holding Area, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Kempen ini bertujuan bagi bersama-sama membantu pihak kerajaan untuk menghulurkan sumbangan berupa barang-barang asasi bagi masyarakat yang memerlukan semasa penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda