Sunday, January 26, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD perkukuh ekosistem keusahawanan Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Sebagai penaja utama dalam Brunei Startup Summit 2025, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) baru-baru ini telah mengambil bahagian dalam menunjukkan komitmennya untuk memupuk ekosistem keusahawanan yang berkembang pesat di negara ini.

    BIBD juga turut serta dalam BMEN Leadership Lab, sebuah perbincangan panel yang dianjurkan oleh Brunei Mentors for Entrepreneurs Network (BMEN) sebagai sebahagian daripada program itu.

    BMEN adalah satu inisiatif di bawah Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), yang memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dengan menyediakan program bimbingan yang disesuaikan.

    Penglibatan BIBD dalam BMEN Leadership Lab menandakan komitmennya untuk menyokong pembangunan landskap keusahawanan Brunei.

    Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar berkata “BIBD kekal komited bukan hanya untuk menyediakan perkhidmatan perbankan Islam yang inovatif tetapi juga secara aktif menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial Brunei Darussalam.”

    Para peserta perbincangan panel tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    ATAS & BAWAH: Suasana semasa BMEN Leadership Lab diadakan. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    GAMBAR SERAHAN BIBD

    “Bank ini mengiktiraf kepentingan menyokong inisiatif yang membina ekosistem keusahawanan yang berkembang pesat dan memberi kuasa kepada perniagaan tempatan untuk berjaya. Selain itu, BIBD secara aktif mempromosikan amalan perniagaan mampan,” tambahnya.

    Sebagai salah seorang penceramah dalam perbincangan panel tersebut, Hajah Nurul Akmar menekankan peranan penting kelestarian dalam kejayaan jangka panjang negara dan sektor perniagaannya dan berkongsi inisiatif BIBD serta komitmen berterusan terhadap kemampanan.

    “Dengan menggalakkan integrasi kemampanan dalam strategi dan operasi perniagaan, BIBD berhasrat untuk menyumbang kepada ekonomi yang lebih mampan dan tahan lasak untuk Brunei,” katanya.

    Sesi berkenaan turut disertai oleh beberapa penerima anugerah daripada kohort kedua BIBD Sustainability Youth Leadership Awards.

    BIBD Sustainability Youth Leadership Awards yang dilancarkan tahun lalu telah memainkan peranan penting dalam memupuk golongan muda Brunei menjadi pemimpin masa depan yang komited kepada kemampanan.

    Para peserta bengkel digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan membangunkan amalan dan idea mampan yang boleh dilaksanakan dalam komuniti mereka.

    Latihan tersebut bukan sahaja menekankan kepentingan kemampanan, tetapi juga menginspirasikan rasa tanggungjawab dan kepimpinan dalam kalangan peserta muda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda