Saturday, July 6, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    BIBD sertai kempen pelihara alam sekitar

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Sebagai menandakan satu langkah penting dalam usaha kolektif untuk menggalakkan tanggungjawab korporat dalam pengawasan alam sekitar dalam sektor kewangan, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengambil bahagian dalam kempen membersihkan sungai menerusi Komuniti Industri Kewangan: H2O HEROES di Sungai Brunei, Kampong Ayer, kelmarin.

    Kempen anjuran Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Green Brunei itu sebagai salah satu inisiatif sejajar dengan Hari Alam Sekitar Sedunia yang menekankan komitmen sektor kewangan terhadap kelestarian alam sekitar.

    Dalam pada itu, kempen berkenaan juga bertujuan untuk melibatkan pemimpin industri dalam tindakan langsung alam sekitar, memfokuskan kepada cabaran dan pemeliharaan keindahan alam semula jadi Kampong Ayer.

    Menurut Ketua Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas, Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah, menyatakan BIBD berbesar hati untuk menyokong inisiatif kempen berkenaan yang memainkan peranan penting dalam menyatukan sektor kewangan ke arah matlamat bersama pemeliharaan alam sekitar.

    “Kami bekerjasama rapat dengan pengawal selia kami untuk menerapkan nilai-nilai murni kebersihan dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan peserta. Di samping itu, kami berharap dapat memberikan impak yang besar kepada kesihatan alam sekitar komuniti kita dan bergerak maju ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Brunei,” tambah beliau.

    Melalui penyertaan berkenaan, BIBD mengesahkan dedikasinya di bawah Rangka Kerja Kelestarian BIBD yang menunjukkan penglibatan aktif dalam projek yang menyokong pemuliharaan masyarakat dan alam sekitar.

    Para kakitangan BIBD yang menyertai inisiatif berkenaan jelas menunjukkan nilai BIBD dalam menegakkan Maqasid Syariah dan kekal sebagai Bruneian at Heart. Penyertaan tersebut bukan sahaja mengukuhkan komitmen BIBD terhadap penglibatan komuniti dan penjagaan alam sekitar tetapi juga mencerminkan dedikasi bank terhadap kemampanan.

    Warga BIBD yang telah mengambil bahagian dalam kempen tersebut. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    GAMBAR SERAHAN BIBD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ keluarkan panduan guna peranti di sekolah

    WELLINGTON, 5 JULAI - Memandangkan kanak-kanak New Zealand (NZ) mencatat kadar penggunaan peranti tertinggi di dunia, garis panduan baharu untuk membantu mengimbangi risiko kesihatan...