Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD sumbang $100,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin di Gaza

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Bagi menzahirkan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) pagi tadi menyumbangkan sebanyak $100,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin di Gaza 2023 di Majlis Penyampaian Sumbangan yang berlangsung di Dewan Di-Gadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Sumbangan berkenaan secara rasminya diserahkan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Agama, Yang Berhormat, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

    Hadir bagi menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengarah Urusan BIBD dan Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Junaidi bin Haji Masri, yang mana beliau menekankan dedikasi BIBD untuk membuat impak positif dalam perkhidmatan kewangan

    Sumbangan berkenaan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi Komitmen BIBD yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif yang selasa dengan Prinsip-Prinsip Maqasid Syariah.

    Menurut kenyataan BIBD, Peningkatan keganasan baru-baru ini di Gaza, termasuk pengeboman tragis kem pelarian Jabaliya, amat mendukacitakan masyarakat antarabangsa, termasuk Brunei Darussalam.

    Dalam satu kenyataan, Kerajaan Brunei Darussalam mengutuk keganasan berterusan, yang telah mengakibatkan korban nyawa yang besar terdiri daripada orang awam, khususnya dalam kalangan wanita, kanak-kanak dan warga emas.

    Sumbangan derma BIBD berfungsi sebagai keprihatinan Negara Brunei Darussalam dan komitmen untuk membantu mereka yang memerlukan dan majlis penyerahan sumbangan tersebut juga melambangkan usaha berterusan individu dan institusi, dalam sama-sama untuk membantu mereka yang terjejas dengan krisis yang berterusan di Gaza.

    Tetamu kehormat menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Pelestin di Gaza 2023 dari BIBD. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda