Friday, January 17, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD taja 200 anak pokok

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menunjukkan sokongannya dengan menaja sebanyak 200 anak pokok dalam Projek Perhutanan Semula ke-7 anjuran Hengyi Industries, hari ini.

    Hadir pada acara yang berlangsung di Taman Biodiversiti, Hutan Simpan Berakas itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Haji Mohammad Azmi bin Haji Mohd Hanifah serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri bersama dengan pegawai pengurusan dan kakitangan BIBD.

    Penglibatan BIBD dalam projek Hengyi Industries ini adalah merupakan bukti dedikasi bank terhadap penjagaan alam sekitar dan komitmen untuk menyumbang secara positif kepada pemeliharaan ekologi negara.

    Usaha ini menekankan dedikasi bank untuk bertindak sebagai perniagaan yang bertanggungjawab dan menyokong organisasi lain dalam usaha mencapai matlamat yang mampan.

    Melalui usaha kerjasama sebegini, BIBD berhasrat untuk memupuk budaya kemampanan dan menggalakkan sektor lain mengambil langkah yang sama ke arah Brunei yang lebih hijau.

    Di samping itu, BIBD berharap perkongsian ini bukan sahaja mencerminkan pendekatan strategiknya terhadap kemampanan tetapi juga mempertingkatkan kepentingan tindakan kolektif untuk memberi kesan kepada alam sekitar.

    Kerjasama ini adalah selaras dengan Rangka Kerja Kemampanan BIBD, seperti yang dibuktikan oleh komitmen berterusan bank terhadap pengesahan Negara Brunei Darussalam terhadap Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan penjajaran dengan Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam serta SDG Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda semasa menanam anak pokok berkenaan.- GAMBAR OLEH JAMES KON
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda ketika menghadiri acara tersebut.- GAMBAR OLEH JAMES KON
    Antara yang turut terlibat bagi sama-sama menanam anak pokok berkenaan.– GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda