Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD terima anugerah kemasyarakatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah diberikan penghormatan dengan Anugerah Kepimpinan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN pada Mesyuarat Menteri ASEAN dalam Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ke-10 yang diadakan di Hotel JW Marriott di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Menurut kenyataan BIBD, anugerah itu merupakan pengiktirafan ASEAN terhadap penglibatan sektor swasta atas sumbangan mereka dalam pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di rantau ini yang telah membantu menyediakan akses dan peluang, dalam waktu yang sama memberikan kuasa kepada masyarakat agar mampu menyediakan untuk mereka sendiri.

    BIBD telah dicalonkan atas usaha-usahanya dalam menyokong, membangunkan dan memajukan masyarakat Brunei, terutamanya orang-orang yang tinggal di kawasan pedalaman. Inisiatif-inisiatif BIBD seperti program ALAF dan Sirah Amal telah dipuji sebagai membantu usaha-usaha negara terhadap meningkatkan standard kehidupan.

    Warga BIBD semasa menerima Anugerah Kepimpinan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN.

    Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Dayang Noraini binti Haji Sulaiman dipetik sebagai berkata, “Alhamdulillah, kami ingin menyatakan rasa penghargaan kami kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Baginda atas sokongan berterusan dan kolaborasi dalam sama-sama menyumbang terhadap pembangunan dan memperbaiki kualiti kehidupan di Brunei Darussalam, sejajar dengan Wawasan Brunei 2035.

    “Pada waktu yang sama, semua warga di BIBD bersyukur dan menghargai orang-orang di Brunei Darussalam atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap BIBD sebagai pilihan pertama untuk membantu mereka dalam mencapai aspirasi-aspirasi mereka sendiri. Insya Allah, dengan kepercayaan ini kami akan menyumbang semula terhadap masyarakat di negara ini agar semua orang mempunyai peluang sama rata dalam mencapai cita-cita masing-masing.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda