Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini menerima kunjungan delegasi Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang sedang berada di negara ini bagi lawatan sambil belajar. Semasa lawatan itu, para pelajar telah diberikan taklimat mengenai Community for Brunei, inisiatif tanggungjawab sosial korporat BIBD yang menyediakan platform dalam talian

