Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    BIBD terima kunjungan delegasi SMU

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini menerima kunjungan delegasi Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang sedang berada di negara ini bagi lawatan sambil belajar.

    Semasa lawatan itu, para pelajar telah diberikan taklimat mengenai Community for Brunei, inisiatif tanggungjawab sosial korporat BIBD yang menyediakan platform dalam talian untuk keusahawanan, kesukarelawanan dan pengumpulan dana.

    Seramai 14 pelajar SMU menghadiri taklimat tersebut yang diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pemerkasaan, Bangunan PGGMB, di ibu negara.

    Menyertai pelajar-pelajar tersebut ialah seramai 15 pelajar bersama pensyarah dan pegawai dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar menjelaskan, “Community for Brunei telah dilancarkan semasa kemuncak gelombang pertama pandemik COVID di Negara Brunei Darussalam.

    “Kami mahukan satu cara untuk menyokong perusahaan mikro yang terjejas akibat wabak itu dengan menyediakan platform digital bagi perusahaan mikro menawarkan barangan dan produk mereka kepada orang ramai tanpa sebarang kos kepada vendor itu sendiri,” jelasnya.

    Beliau menambah, Community for Brunei terus berkembang menjadi lebih daripada sekadar pasaran dalam talian yang mana kini, organisasi boleh menggunakan laman web itu untuk mempromosikan aktiviti amal dan peluang sukarelawan, menjemput orang ramai untuk menyumbang masa mereka dalam usaha yang diminati.

    “Pada masa yang sama, NGO boleh mengumpul dana terus melalui laman web kami.

    Matlamat kami adalah untuk Community for Brunei menjadi platform utama untuk isu sosial dan aktiviti amal; untuk meningkatkan kesedaran, membawa rangkuman sosial dan menggerakkan sumber yang sesuai untuk benar-benar memberi impak.”

    Hajah Nurul Akmar bergambar bersama delegasi dari Universiti Pengurusan Singapura semasa taklimat yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan dan Pemerkasaan, Bangunan PGGMB, di ibu negara kelmarin. – Gambar serahan BIBD

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...