Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD terima pensijilan ISO

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menerima pensijilan ISO 22301:2019 untuk Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCM), sekali gus mengukuhkan lagi komitmen bank untuk mengekalkan piawaian tertinggi bagi kemapanan operasi.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri, pihak pengurusan kanan, penyumbang utama kepada usaha pensijilan ISO dan tetamu jemputan yang lain.

    Sijil ISO 22301:2019 itu telah disampaikan oleh Pengarah Urusan BSI Services Sdn Bhd, Evelyn Chye kepada Awang Junaidi bagi pihak BIBD, menandakan pengiktirafan rasmi pematuhan BIBD terhadap piawaian global dalam BCM.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada 48 penyelaras BCP dan 11 penyemak dalaman sebagai mengiktiraf peranan penting mereka dalam proses pensijilan.

    Penyumbang utama berkenaan telah diiktiraf atas usaha luar biasa mereka dalam menyokong perjalanan BIBD ke arah pencapaian piawaian antarabangsa ini.

    Pensijilan ISO 22301:2019 merangkumi perkhidmatan operasi perbankan penting dan kritikal serta perkhidmatan sokongan mereka dalam BIBD, menekankan komitmen bank untuk mengekalkan amalan kesinambungan perniagaan yang mantap dan berkesan.

    Pencapaian tersebut mencerminkan dedikasi berterusan BIBD untuk melindungi operasi dan memastikan perkhidmatan yang tidak terjejas kepada pelanggan, walaupun ketika menghadapi gangguan yang tidak dijangka.

    Dengan mematuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, BIBD bukan sahaja mampu meningkatkan kemapanan operasinya, tetapi juga dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor perbankan Islam, komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik di dunia yang memenuhi penanda aras global.

    Awang Junaidi semasa menerima pensijilan daripada BSI Services Malaysia Sdn Bhd. – GAMBAR SERAHAN BIBD

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda