Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bibimbap enak dan sesuai untuk diet

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Penggemar makanan Korea pasti tahu menu Bibimbap atau dikenali sebagai, nasi campur Korea. Ia merupakan salah satu makanan Korea yang popular bukan sahaja dikalangan masyarakat kitani bahkan diluar negara.

    Walaupun awda bukan peminat makanan Korea, namun awda pasti akan tertarik dengan hidangan ini kerana ia kaya dengan khasiat yang memiliki karbohidrat tinggi. Cara memasaknya juga sangat mudah. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di pasaran.

    Bibimbap termasuk dalam kategori makanan diet tinggi kalori, dengan kandungannya yang dinilai cukup besar, ia membuatkan seseorang akan merasa kanyang dengan lebih lama.

    Berkongsi secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Bibimbap ini adalah seperti nasi, telur, daging atau ayam, zuccini, sayur tauge, bayam muda, lobak dan kimchi.

    Daging tersebut hendaklah dihiris dan diperap dengan menggunakan cuka, sedikit gula, kicap, minyak bijan dan bawang putih manakala untuk penggemar makanan vegetarian bolehlah menggantikannya dengan shitaake. Manakala Zuccini pula hendaklah dihiris dan diperasakan dengan garam dan dibiarkan sehingga air keluar. Kemudian di goreng kilas.

    Sayur tauge pula hendaklah digoreng kilas dan diperasakan dengan garam dan lada.

    Manakala bayam muda pula hendaklah dicelur dan diperasakan dengan garam. Sayur lobak pula hendaklah dipotong seperti batang mancis lalu digoreng kilas dan diperasakan dengan garam dan lada, dan yang terakhir sekali adalah Kimchi hendaklah digoreng kilas dan dicampurkan dengan sedikit gochujang.

    Manakala antara bahan yang diperlukan untuk membuat sos Bibimbap adalah seperti bawang putih yang dicincang, pes cili Korea Gochujang atau boleh guna sos pedas Korea, satu sudu gula, satu sudu minyak bijan, satu sudu cuka, satu sudu gula perang dan dua sudu besar kicap.

    Yang terakhir sekali apabila kesemua bahan sudah siap dimasak mulalah untuk menyusunnya dengan memasukan nasi terlebih dahulu di tengah-tengah mangkuk lalu ratakannya, Setelah itu letakkan telur mata di tengah-tengah, susun sayur mengelilingi telur mata, tabur sedikit biji bijan dan sedia untuk dimakan. Cara makannya sangat mudah dengan mengaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk disertakan dengan kimchi, namun jika dimakan dengan rumpai laut pun sedap. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan

    – Nasi
    – Telur
    – Daging atau ayam
    – Zuccini
    – Tauge
    – Bayam muda
    – Lobak
    – Kimchi

    Gambar Freepik
    Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Bibimbap. – Canva
    Pes cili Korea, Gochujang. – Canva
    Bibimbap hendaklah dihidangkan bersama kimchi namun jika makan dengan rumpai laut pun sedap. – Freepik
    Gambar Freepik

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda