Bibir gebu tanpa botox adalah topik yang sering diperkatakan terutama bagi peminat kecantikan di TikTok sejak beberapa bulan ini.
Dalam usaha mencari penyelesaian semula jadi yang memberikan hasil serupa dengan prosedur kosmetik, pengguna media sosial berjaya menemui beberapa helah yang menjadi tular di platform berkenaan dan dipercayai berkesan dan memberi kejutan.
Artis solek, Mary Phillips baru-baru ini mencetuskan berita sensasi dalam rangkaian media sosial apabila dia menggebukan bibirnya dengan pensel bibir ringkas yang digunakan pada tempat strategik iaitu pada sudut Cupid’s bow, termasuk teknik kombo bibir menggunakan lapisan pensel bibir dan gloss, di mana ia mendapat ratusan juta tontonan.
Baru-baru ini, double glossing telah menjadi tular atas sebab yang sama, kali ini menggunakan minyak bibir diikuti dengan pengilat bibir.
Oleh itu, awda boleh melihat bahawa banyak cara yang bijak telah didedikasikan untuk menggebukan bibir tanpa pembedahan dan tanpa menghabiskan banyak wang.
Dan itulah yang telah dilakukan oleh Anne Hathaway. Walaupun bakatnya membuat persembahan sangat terserlah, akan tetapi dia kurang dikenali dengan petua kecantikan.
Namun, heroin The Devil Wears Prada memiliki senyuman yang hampir sama dengan legenda Julia Roberts.
“Ini adalah sedikit tip dari LipTok,” ujar pelakon itu dalam video satu minit.
Dikelilingi oleh pasukannya yang sibuk mendandan rambutnya, dia menjelaskan bahawa dia berada pada set kempen kecantikan baharu, dan menyedari bahawa bibir atasnya berada dalam keadaan yang tidak begitu baik dan kelihatan ‘lesu’.
Hathaway kemudian meminta pendandan rambutnya memberinya sanggul rambut, kemudian menekan secara lembut dan perlahan pada bibirnya kemudian mengurutnya.
Reaksi itu dikatakan memberi rangsangan pada bibir dengan mengaktifkan peredaran darah, menghasilkan lebih banyak volum.
“Saya merangsang bibir saya untuk mencuba dan mendapatkan sedikit aliran darah ke kawasan bibir untuk mendapatkan sedikit peredaran darah, dan semua orang memandang saya seperti saya mempunyai tiga kepala,” sambung aktres Amerika Syarikat itu.
Daripada menggunakan solek atau beralih kepada suntikan, helah ini boleh memberikan awda mulut yang tembam dalam beberapa saat sahaja.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk melakukannya dengan betul.
Seperti yang dinyatakan oleh Anne Hathaway, adalah penting untuk mengerakkannya secara lembut dan perlahan-lahan dalam jangka masa tidak melebihi 30 saat.
Ia adalah senaman yang cukup mudah untuk dilakukan setiap hari sekali gus boleh membantu mereka yang ingin memiliki bibir yang tebal dan menawan. – ANN/TheStar