Thursday, April 17, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bibir Jeff Ross bengkak gara-gara alahan ais krim

    Pelawak Jeff Ross terpaksa bermalam di wad kecemasan sebuah hospital swasta selepas mengalami alahan teruk pada Ahad lalu.

    Menurut Jeff, 60, alahan tersebut berpunca daripada ais krim yang dimakannya ketika dia dan rakan yang lain meraikan persembahan mereka iaitu Take A Banana For The Ride yang baru sahaja selesai pada malam berkenaan, menurut laporan mStar.

    Kata Jeff, bibirnya tiba-tiba membengkak sehingga dia terpaksa dikejarkan ke bilik kecemasan sebuah hospital berhampiran.

    Malah Jeff terpaksa bermalam di sana sebelum dibenarkan oleh doktor untuk pulang.

     “Sedap. Serius sedap. Tetapi bibir saya ‘meletup’ dan saya menghabiskan sepanjang malam di bilik kecemasan,” katanya.

    Jeff juga berkongsi beberapa foto di Instagram dia sedang duduk di atas katil hospital dengan bibirnya yang bengkak.

    Dalam pada itu, Jeff mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan di Pusat Kesihatan Perubatan Marin atas rawatan diberikan. – Agensi

    Antara foto dikongsi Jeff di Instagramnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda