Sunday, December 1, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bicara An-Nisa sempena Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 1 DIS – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kupang, Daerah Tutong dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia Masjid Senegara dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid hari ini, telah mengadakan Bicara An Nisa sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 Tahun.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang diadakan di Masjid Kampung Kupang itu ialah isteri Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Dayang Hajah Aisyah Radiyah binti Awang Haji Abdul Ghani.

    Antara lain tujuan acara itu diadakan adalah bagi merafakkan syukur kehadrat Allah Subahanahu Wa Ta’ala dan melahirkan rasa cinta kepada Raja yang dikasihi.

    Di samping mendukung hasrat kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melahirkan masyarakat cemerlang yang sentiasa berbakti dan taat setia kepada pemimpin, ianya juga untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dalam kepimpinan.

    Moderator pada Bicara An Nisa itu disampaikan oleh Pegawai Pelajaran, Kementerian Pendidikan, Dayang Fatin Hazirah binti Mohammad Azizi, manakala dua ahli panel terdiri daripada Pemangku Pegawai Ugama Kanan Pusat Da’wah Islamiah (PDI), Hajah Zunainah binti Haji Gunong dan Pegawai Ugama PDI, Hajah Siti Juhaidah binti Haji Buang.

    Dayang Hajah Aisyah Radiyah hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis berkenaan.
    2. Bicara An Nisa yang diadakan di Masjid Kampung Kupang. – GAMBAR SERAHAN JHEM, KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda