Sunday, November 24, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bicara Mualaf tampil tokoh-tokoh ternama

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 03 NOV – Demi menyuntik semangat, motivasi dan inspirasi untuk menyebarkan kebaikan khususnya pada orang bukan Islam, Belia Mualat As-Syahadah, di bawah naungan Urus Setia Program Keugamaan Belia (PKB), Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU) mengadakan Program Bicara Mualaf di Dewan Persidangan PDI pagi tadi.

    Program berkenaan diadakan antara lain bertujuan untuk memberi pengetahuan dengan lebih mendalam mengenai cabaran menjadi seorang mualaf, mempelajari cara dan kaedah dalam menyantuni keluarga yang belum Islam dan menampilkan belia mualaf tempatan yang bergiat aktif dalam masyarakat.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Bicara Mualaf adalah salah satu program dari Program Ikon Mualaf yang mendedahkan para peserta kepada tokoh-tokoh mualaf dalam dan luar negeri melalui sesi ceramah dan perkongsian untuk melahirkan mualaf yang cemerlang dalam semua aspek modal insan berlandaskan kepada Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) serta menjadi duta dan pemangkin dalam menarik lebih ramai mualaf untuk terlibat aktif dalam hal ehwal kemasyarakatan.

    Pengisian program tersebut ialah satu forum bertajuk Dari Mualaf Ke Mualaf yang menampilkan tiga orang panel iaitu Naib Canselor, Universiti Islam Selangor, Malaysia, Yang Berbahagia Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah; Presiden WeCare Brunei, Muhammad Samira Razin bin Abdullah Sambut dan Pengarah Kreatif, Matters of Choice, Muhammad Adam bin Abdullah Chong @ Chong Kai Lung.

    Panel-panel semasa forum berkenaan.
    Antara yang hadir semasa forum berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda