GENEVA, 30 APRIL – Perbicaraan rasuah pemain hebat Jerman, Franz Beckenbauer berkaitan dengan Piala Dunia 2006 berakhir tanpa keputusan setelah ditangguhkan kerana wabak koronavirus.
Pada perbicaraan selama lima tahun, yang berlangsung di Switzerland, Backenbauer, 74, dan tiga orang lelaki yang lainnya telah digantungkan kerana krisis kesihatan dan had masa undang-undang sudah pun mansuh.
Beckenbauer, yang mengetuai komiti pertubuhan bagi Piala Dunia 2006, telah menafikan pertuduhan tersebut.
FIFA berkata Selasa lalu mereka kecewa perbicaraan tersebut tidak diteruskan.
“FIFA sangat kecewa bahawa perbicaraan berkaitan Piala Dunia Jerman 2006 tidak akan diteruskan kerana tempoh masa yang sudah tamat,” kata badan pengurusan bola sepak dunia itu. FIFA berharap ‘kebenaran’ mengenai pertuduhan pembayaran 10 juta swiss francs itu akan terungkap suatu hari nanti.

“Bagi FIFA kes ini semestinya belum berakhir dan kami tidak akan menerima bahawa pembayaran 10 juta kepada CHF yang dibuat oleh akaun FIFA tanpa sebarang alasan munasabah.”
Beckenbauer merupakan pemenang Piala Dunia sebagai pemain pada 1974 dan sebagai jurulatih Barat Jerman pada tahun 1990. Di Switzerland, prosiding jenayah berkenaan dengan tuduhan penipuan mesti mengambil tempat dalam tempoh 15 tahun. Bagi kes Beckenbauer, di mana insiden berlaku pada tahun 2005, mahkamah tidak lagi mempunyai kuasa ke atas kes.
Beckenbauer telah dituduh membuat pembayaran kepada bekas eksekutif FIFA, Mohamed bin Hammam pada tahun 2005.
Beckenbauer telah menafikan membuat pembayaran kepada sesiapa pun ‘untuk meraih undi’ membantu Jerman memenangi hak untuk menjadi tuan rumah final 2006.
Jerman mengalahkan negara pilihan Afrika Selatan dengan undian 12-11. – AFP