Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bicara Solehah dapat sambutan

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Bagi mendidik para Muslimah yang belum berkahwin, ingin berkahwin dan baharu sahaja masuk alam berumah tangga agar dapat menjadi seorang isteri baik kepada suami mereka, Siri Bicara Solehah anjuran Beliawanis Masjid Ash-Shalihen telah diadakan hari ini.

    Setiausaha Beliawanis Masjid Ash-Shaliheen, Dayang Izzati binti Hamidani ketika ditemui berkata, bicara ini merupakan Bicara Solehah Muslimah ke-9 diadakan yang mensasarkan kira-kira 100 orang Muslimah bagi menyertai majlis ini.

    Bicara Solehah yang dihadiri 50 orang Muslimah kali ini menampilkan dua orang ahli panel yang terdiri daripada Pensyarah UNISSA, Dr Hajah Ummi Fa’izah dan penerima Anugerah Belia ASEAN 2017, Dayang Nurizzatul Izzah binti Haji Abdul Rahman. Di samping itu, ia juga diadakan untuk mendidik dan berkongsi beberapa peranan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri solehah dan wanita Muslimah serta mempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam kehidupan berumah tangga.

    Ceramah itu juga turut berkongsi beberapa ciri seseorang wanita solehah dan beliau berharap ia akan dapat menjadikan para Muslimah sentiasa taat kepada suami, menjadi seorang isteri yang sentiasa bersifat sabar dengan cabaran yang bakal dihadapi.

    Ahli panel semasa menyampaikan ceramah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda