Thursday, May 15, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bidang nyanyian bukan sekadar hobi

    Oleh Nurdiyanah R.

    Berkecimpung dalam industri hiburan tanah air sejak kecil lagi, personaliti berjiwa seni ini semakin dikenali apabila lagu pertamanya, Ingkar, semakin rancak dimainkan di corong-corong radio sejak tahun lepas.

    “Bidang nyanyian ini sememangnya sudah sebati dalam hidup saya sejak berusia enam tahun lagi semasa mengikuti Pertandingan Bintang Kecil sekitar tahun 2003 dan 2004, itulah penglibatan pertama saya dalam berjinak-jinak mengasah bakat yang bagaikan anugerah Ilahi yang saya amat syukuri,” jelas salah seorang penyanyi tempatan yang lebih dikenali dengan nama Syasya Sahira atau nama penuhnya Dayangku Syasya Sahira Izzati binti Pengiran Ramlee Noorsah semasa ditemui penulis, baru-baru ini.

    Terasa menenangkan

    Dalam pada itu, Syasya Sahira menjelaskan bahawa menceburi bidang nyanyian ini sebenarnya bukan hanya sebagai hobi semata-mata bahkan dengan menyanyi, ia mampu mencetus rasa ketenangan dalam diri lebih-lebih lagi semasa mengisi masa-masa terluang bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

    “Hanya insan seni sahaja yang mampu merasai nikmatnya dengan sepenuh hati. Setiap kata dan ayat diresapi dalam jiwa sehingga mampu menghidupkan aura kepada para pendengar atau penonton. Itulah indahnya seni nyanyian,” tambahnya dengan senyuman manis.

    Pembakar semangat

    Kemerduan vokal penyanyi yang berusia 22 tahun ini semestinya tidak dapat disangkal lagi, ini terbukti dengan hadirnya lagu sulung beliau berjudul Ingkar, hasil ciptaan komposer Ewan Dinshe dan lirik oleh Zalfa Naqiyya telah menerima sebanyak lebih 18,000 tontonan di laman YouTube.

    Syasya Sahira semasa ditemui penulis, baru-baru ini.
    Menjejaki industri hiburan tanah air sejak kecil lagi, Syasya semakin dikenali ramai apabila lagu pertamanya, Ingkar, semakin rancak dimainkan di corong-corong radio sejak tahun lepas. – Gambar Syasha Sahira
    Selain menceburi bidang nyanyian, Syasya juga merupakan salah seorang usahawan kosmetik tanah air. – Gambar dari Syasha Sahira

    “Kisah sebuah percintaan yang dikhianati, sememangnya sesuatu yang mampu memberi pengajaran kepada para pendengar mengenai pentingnya kesetiaan dan kejujuran dalam sebuah perhubungan,” ujar Syasya semasa mengulas seni kata dalam lagu pertamanya.

    Dengan terhasilnya lagu tersebut, ia menjadi pencetus semangat juang insan seni yang meminati genre pop dan balada ini untuk mengembangkan bakat dalam arena industri hiburan tanah air bukan sahaja sebagai seorang penyanyi bahkan juga menceburi dunia lakonan dan bidang pengacaraan.

    Sentiasa berfikiran positif

    Dalam meniti dunia seni hiburan ini, Syasya sememangnya sentiasa menitikberatkan pengambilan makanan yang seimbang untuk penjagaan kesihatan tubuh badan dan suara seperti mengamalkan meminum air kosong dan mengelakkan minuman gas, di samping menjalankan latihan vokal dengan teratur.

    “Kehidupan ini sememangnya tidak terlepas dari menerima sebagai cabaran dan begitu juga dalam dunia seni hiburan tanah air ini. Sentiasa berfikiran positif itulah prinsip yang saya pegang untuk melangkah lebih maju lagi dari hari ke hari,” jelasnya dengan penuh ketulusan.

    Sokongan orang tersayang

    Namun, Syasya turut mengungkapkan perasaan penuh kesyukuran dengan segala pencapaian yang di kecapi kini semestinya berkat doa daripada kedua ibu bapa dan ahli keluarga tersayang serta sahabat handai yang sentiasa berada di sisi yang tidak putus-putus memberi dorongan dan sokongan pada diri beliau sebagai salah seorang anak seni.

    “Peminat-peminat yang saya kasihi, sememangnya merekalah juga kekuatan saya untuk terus bangkit dalam dunia seni ini. Tanpa mereka, saya bukan siapa-siapa,” tambahnya dengan kegembiraan.

    Serlahkan bakat bersama

    Selain itu, insan seni hiburan tanah air ini yang juga merupakan salah seorang usahawan kosmetik di bawah nama Sahira Cosmetics, turut mengemukakan harapan kepada masyarakat di luar sana agar sentiasa bangkit dan memberanikan diri menerokai bakat dan kemahiran masing-masing.

    “Setiap orang pasti mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Usah takut dan segan untuk mencuba sesuatu secara positif. Lakukanlah segera, jangan jadikan segala impian dan cita-cita kita terpendam begitu sahaja atau hanya sekadar mimpi sahaja,” nasihat Syasya semasa mengakhiri sesi temu bual bersama penulis baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/