Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Biden akan kemuka strategi tangani kelaparan

    WASHINGTON, 27 SEPT – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden (gambar-AP) akan menganjurkan persidangan mengenai pemakanan dan kelaparan ketika ramai rakyat Amerika mengalami inflasi dan penyakit kronik berkaitan pemakanan (diet).

    Persidangan Rumah Pu-tih mengenai Kelaparan, Pemakanan, dan Kesihatan yang akan berlangsung pada Rabu ini, menurut Biden, adalah yang pertama seumpamanya dalam tempoh lebih 50 tahun, demikian agensi Anadolu (AA) memetik Rumah Putih sebagai berkata dalam satu kenyataan.

    “Berjuta-juta rakyat Amerika mengalami masalah ketakjaminan makanan dan penyakit berkaitan pemakanan, termasuk penyakit jantung, obesiti dan diabetes jenis 2, yang merupakan antara punca utama kematian dan hilang upaya” di negara itu.

    “Kekurangan akses kepada makanan yang sihat dan berpatutan adalah antara banyak faktor yang mempengaruhi kelaparan dan penyakit berkaitan pemakanan,” katanya, sambil menambah pandemik COVID-19 telah memburukkan lagi cabaran itu.

    Menurut penyelidik, hampir 900 orang mati setiap hari di AS akibat penyakit jantung berkaitan pemakanan dan berjuta-juta lagi berisiko tinggi.

    Bagi pentadbiran Biden, inflasi adalah antara cabaran terbesar pada dasarnya menangani kelaparan, apabila berjuta-juta rakyat Amerika mengadu tentang harga makanan serta perbelanjaan isi rumah yang tinggi selain kadar gadai janji, yang dijangka melebihi tujuh peratus.

    Inflasi pengguna di AS menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 8.3 peratus pada Ogos, melebihi anggaran pasaran 8.1 peratus, selepas memuncak kepada 9.1 peratus pada Jun.

    Kebuluran yang semakin meningkat, masih menjadi halangan bagi pentadbiran negara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...