Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden ampun ‘Chocolate’ dan ‘Chip’

    WASHINGTON, 22 NOV – Joe Biden semalam menggunakan kuasanya sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk mengampunkan dua ekor ayam belanda, dilepaskan daripada menjadi hidangan utama Hari Kesyukuran yang bakal disambut pada hujung minggu ini.

    “Saya dengan ini mengampunkan Chocolate dan Chip,” kata Biden pada acara yang berlangsung di South Lawn, acara tahunan yang telah menjadi tradisi Rumah Putih.

    Ayam belanda itu diternak di ladang di Carolina Utara, dinamakan sempena perisa aiskrim kegemaran presiden, beritahu Biden kepada budak-budak sekolah yang hadir pada acara itu.

    “Ia ayam yang besar,” ujar Biden ketika Chocolate seberat 21 kilogram diletak di atas sebuah meja. Ayam belanda disumbat sarak ialah sajian tradisional Amerika yang dihidangkan semasa majlis makan keluarga pada hari Kesyukuran, yang jatuh pada Khamis ini. – AFP

    Presiden Joe Biden mengampunkan Chocolate, ayam belanda Kesyukuran, di South Lawn, Rumah Putih di Washington pada 21 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda