Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden arah USAID bantu Afghanistan

    WASHINGTON, 23 JUN – Presiden Joe Biden kelmarin telah mengarahkan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan agensi persekutuan lain bagi membantu mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di timur Afghanistan, lapor agensi Anadolu.

    Sementara itu, Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan juga berkata, Amerika Syarikat (AS) “sangat berduka cita menyaksikan gempa bumi dahsyat” yang mengorbankan lebih 1,000 orang rakyat.

    “Kami amat komited untuk meneruskan sokongan terhadap keperluan rakyat Afghanistan, dan kami akan sentiasa bersama mereka semasa dan selepas tragedi dahsyat ini,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda