Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Biden bentang strategi AS-Kepulauan Pasifik

WASHINGTON, 28 SEPT – Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan Strategi AS-Kepulauan Pasifik pada Rabu, pertama seumpamanya, untuk disemak bersama oleh para pemimpin negara-negara dari rantau itu pada sidang kemuncak bersejarah yang dihoskan oleh Presiden Joe Biden, lapor Sputnik, memetik seorang pegawai pentadbiran.

Pentadbiran Biden menjadi tuan rumah para pemimpin negara Kepulauan Pasifik di Washington, DC, pada Rabu dan Khamis, sidang kemuncak khusus bagi meningkatkan penglibatan AS dengan pemimpin rantau itu dalam bidang perdagangan dan keselamatan.

Ada banyak pengumuman dijangka dibuat sepanjang dua hari itu, kata pegawai berkenaan.

Sidang Kemuncak AS-Negara Kepulauan Pasifik pertama itu akan dihadiri pemimpin dari Fiji, Marshall Islands, Micronesia, Palau, Papua New Guinea, Samoa, Solomon Islands, Tonga, Tuvalu, Cook Islands, Polinesia Perancis dan New Caledonia, menurut pegawai berkenaan.

Beliau berkata Vanuatu dan Nauru, akan menghantar wakil manakala Australia, New Zealand, dan Setiausaha Agung Forum Kepulauan Pasifik hadir sebagai pemerhati.

Dokumen strategi itu antara lain bertujuan menangani kebimbangan dan objektif di Pasifik secara menyeluruh, termasuk usaha kerajaan AS dalam menangani isu seperti perubahan iklim, latihan, perikanan, pelaburan dalam teknologi, serta beberapa topik lain, kata pegawai itu.

Pemimpin negara Kepulauan Pasifik akan bertemu pegawai Jabatan Negara pada Rabu, diikuti pertemuan dengan Presiden AS Joe Biden serta pemimpin kongres AS pada Khamis, kata pegawai itu. – Bernama

Presiden AS Joe Biden bercakap mengenai kos penjagaan kesihatan dan perlindungan Medicare dan Keselamatan Sosial di Rose Garden Rumah Putih di Washington pada 27 September 2022. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -