RAFAH, 10 MEI – Israel mengebom Rafah baru-baru ini ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberikan amaran paling keras mengenai tindakan perangnya terhadap pejuang Hamas, berikrar untuk memutuskan pemindahan senjata jika serangan ke bandar Gaza selatan diteruskan.
Israel tidak menghiraukan bantahan antarabangsa dengan menghantar kereta kebal dan melancarkan serbuan yang disasarkan di bandar sempadan yang dikatakan menjadi kubu kepada batalion terakhir pejuang Hamas yang masih tinggal, tetapi juga sesak dengan penduduk Palestin yang berpindah.
Wartawan AFP melaporkan serangan hebat di Rafah kelmarin dan tentera Israel kemudian berkata ia juga menyerang kedudukan Hamas lebih jauh ke utara di tengah Semenanjung Gaza.
Dalam temu bual dengan CNN baru-baru ini, Biden memberikan amaran bahawa dia akan menghentikan bekalan senjata AS ke Israel jika ia meneruskan serangan darat Rafah yang telah lama dirancang.
“Jika mereka pergi ke Rafah, saya tidak membekalkan senjata yang telah digunakan untuk menyerang bandar-bandar,” kata Biden. “Kami tidak akan membekalkan senjata dan peluru artileri yang telah digunakan.” – AFP


